"" " "

lagu

Wednesday, November 14, 2018

TAJUK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

Persediaan yang rapi membolehkan guru menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku ketika proses pembelajaran dijalankan. Pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid. Menurut Jaafar (1998), Pengurusan bermaksud proses mengagihkan input-input organissi untuk tujuan mengeluarkan output yang diperlukan oleh pelanggan pelanggan supaya objektif organisasi tercapai. Manakala, alam belajar adalah keadaan atau suasana belajar yang dapat meransang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku (Noriati, Boon, Sharifah, 2009). 
Antara faktor utama pengurusan alam pembelajaran adalah faktor Rancangan Orientasi Sekolah (ROS), faktor pedagogi, faktor Rancangan Pengurusan Harian (RPH), faktor kurikulum dan faktor bahan bantu mengajar dan alat bantu mengajar. Kelima-lima faktor ini sangat berkaitan antara satu sama lain untuk memastikan pengurusan alam pembelajaran berada di tahap yang cemerlang. Penggunaan alat  bantu mengajar dan bahan bantu mengajar menyebabkan pengajaran lebih efektif. Murid lebih tertarik kepada kaedah yang kemaskini dan menggunakan peralatan elektronik seperti komputer, internet, powerpoint, dan video. Hal ini kerana kebanyakkan pelajar lebih menggemari proses pembelajaran secara visual. Guru juga boleh merancang aktiviti penglibatan murid-murid dalam pengajaran. Setiap aktiviti yang dirancang hendaklah ditulis dan dimasukkan di dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Penyediaan RPH sememangnya mampu membantu guru untuk merancang pengajaran sebelum memulkan prose pembelajaran di dalam kelas.
Antara fasa penyampaian ilmu yang berada di dalam pengurusan alam pembelajaran adalah fasa mengenalpasti kemampu murid. Guru mestilah mengenalpasti kemampuan murid terlebih dahulu sebelum membina objektif pengajaran. Hal ini kerana kemampuan murid ini lah yang akan menentukan sam ada objektif guru itu tercapai ataupun tidak. Selain itu, fasa mengenalpasti objektif pengajaran. Proses mengenalpasti proses pengajaran ini boleh berlaku apabila guru membuat analisis terlebih dahulu terhadap bahan pengajaran. Seterusnya, fasa merancang dan melaksanakan aktiviti. Setiap proses pengajaran mestilah diikuti dengan aktiviti supaya pengajaran itu menjadi lebih berkesan. Aktiviti yang hendak dilaksanakan mestilah berkesan dengan tajuk dan objektif yang telah ditetapkan.
Antara kemahiran yang perlu ada di dalam diri seorang guru adalah kemahiran mengemukakan pelbagai jenis soalan dengan tujuantertentu berasaskan konsep penyoalan. Di antara tujuan penyoalan ialah mendapatkan maklumat, menguji kefahaman, menimbulkan kepekaan, menarik perhatian, membayangkan jawapan, dan mengukuhkan pemahaman. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran amatberkait rapat dengan pengurusan bilik darjah yang berdisiplin, susunan meja dan kerusi yang suasana belajar, persekitaran harmoni keilmuan, dan keceriaan wajah ilmuan. Hal ini, akan membolehkan guru melaksanakan perancangan pengajaran dengan berkesan dan pencapaian pembelajaran maksimum. Bilik darjah merupakan medan peranan, tanggungjawab dan amanah seseorang guru dalam melaksanakan akauntabiliti profesionnya. Seseorang guru dikategorikan sebagai efektif apabila pengajaran yang disampaikan mendatangkan kesan positif di kalangan pelajar. 
Kesimpulannya, persediaan guru sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran sangat penting kerana sesuatu perkara yang mempunyai perancangan yang baik akan menghasilkan sesuatu yang baik. Persediaan ini juga mampu memberikan gambaran yang sebenar dunia pendidikan dan mampu melatih bakal guru supaya lebih selesa semasa ditempatkan di sekolah nanti.

Sumber:
Nota Kuliah

Jaafar Sulaiman (1998). Sistem nilai guru terhadap stail pengurusan pengetua dan suasana kerja guru. Universiti Sains Malaysia.

Noriati A. Rashid et. al (2009). Murid dan alam belajar. Shah Alam; oxford fajar.

Artikel/Jurnal yang berkaitan:

Julismah Jani, Ong, Kuan Boon, Mohd Sani Madon, Hishamuddin Ahmad, Nur Haziyanti Mohamad Khalid dan Yusof Ahmad (2009). Pendekatan pengajaran, gaya belajar dan jenis penilaian dalam mata pelajaran Sains Sukan di sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal of Education) (Volume 34, No. 2, 2009, Pages 81 to 91). Dimuat turun daripada http://www.myjurnal.my/public/article-view.php?id=15706 

No comments:

Post a Comment