"" " "

lagu

Wednesday, November 14, 2018

TAJUK 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

Persekitaran sekolah boleh ditakrifkan sebagai set ciri dalaman yang membezakan satu sekolah dengan sekolah lain, dan mempengaruhi tingkah laku ahli ahlinya, iaitu kakitangan dan pelajar (Hoy dan Miskel, 1987) manakala menurut Jarzabkowski (2002) pula, Persekitaran Sekolah adalah semua keadaan, sumber dan aktiviti saling bersepadu secara langsung atau tidak langsung yang memberi kesan kepada fungsi sekolah. Pada amnya, iklim dan persekitaran sekolah akan membawa pengaruh yang penting terhadap pembentukan tingkah laku, imej mental, aspirasi dan interaksi sosial bagi anggota-anggota di dalamnya (Abdullah Sani bin Yahya, 2007).  
Antara aspek persekitaran sekolah yang sering diambil kira adalah melalui aspek Persekitaran Fizikal yang mesra dan kondusif untuk pembelajaran. Aspek persekitaran fizikal ini adalah saiz dan bentuk, ruang, cahaya dalaman, warna, perabot, susunan tempat moden. Warna sangatlah memainkan peranan untuk menarik perhatian pelajar supaya sentiasa gemar untuk datang ke sekolah. Selain itu, aspek persekitaran yang dilihat adalah aspek Persekitaran sosial yang menggalakkan komunikasi dan interaksi. Perskitaran sosial ini hendaklah diwujudkan oleh setiap guru yang mengajar di dalam kelas iaitu dengan menggunakan teknik pengajaran berpusatkan pelajar untuk melibatkan pelajar secara aktif di dalam proses pembelajaran. Seterusnya aspek persekitaran yang lain adalah persekitaran yang berkesan menggalakkan rasa kekitaan dan harga diri dan persekitaran akademik  yang menggalakkan pembelajaran dan memenuhi diri.
Salah satu   halangan terhadap melaksanakan sesuatu projek keceriaan biasanya timbul daripada masalah kewangan. Dalam hal ini, semua pihak perlu bekerjasama termasuklah, pengetua, guru-guru, staf-staf sekolah, para pelajar dan pihak Persatuan IbuBapa dan Guru (PIBG). Pihak sekolah perlu berusaha mencari penaja, pelajar pula bolehmenjalankan kutipan derma melalui program-program tertentu, guru-guru pula membantu para pelajar menjalankan program-program amal. Sekiranya iklim dan persekitaran sekolah dalam   keadaan   yang   bersih   dan   ceria,   sudah   pasti   motivasi   dan  prestasi   pelajar   dapat ditingkatkan ke tahap yang optimum seterusnya mewujudkan budaya sekolah yang positif.
Antara langkah untuk mewujudkan persekitaran yang baik adalah dengan Memastikan hubungan pentadbir dengan guru, guru dengan guru dan guru dengan murid dalam keadaan yang baik. Hal ini kerana mereka ini saling berkait dan bergantung antara satu sama lain untuk mewujudkan suasana yang ceria di sekolah. Selain itu, Pihak sekolah  mestilah meningkatkan sistem penyelenggaraan dan perubahan melalui  kebebasan kakitangan dan staf. Pihak sekolah tidak boleh terlalu mengongkong dan memaksa staf dan guru-guru untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Hal ini akan mewujudkan suasana yang tegang antara pihak sekolah dan staf ataupun guru-guru lain. Antara langkah lain yang mampu mewujudkan persekitaran yang baik adalah mengurangkan tekanan terhadap guru dan membangunkan tahap profesion perguruan.

Kesimpulannya, pihak sekolah seharusnya berusaha untuk mewujudkan persekitaran yang menarik kerana ia mampu membantu pihak sekolah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan mempunyai pelbagai kemahiran. 

Sumber:
Nota Kuliah

Abdullah Sani Yahya (2005). Mengurus sekolah. Pahang; pts professional.
Chong Lea Keow (2009). Siri pendidikan perguruan murid dan alam belajar. Kuala lumpur; Sudirman Snd.Bhd.

Hoy, W.K et al (1987). Educational administration: theory research and development in education.

Rahimah Ahmad & Zulkifli A. Manaf (1996). Toward developing in profile of effective and less effective school. Jurnal pendidikan, 17 (51-63).

Jurnal/Artikel yang berkaitan:

Muhammad Faizal A. Ghani dan Faisol Elham (2017). Cabaran pelaksanaan program intervensi anjuran persatuan ibu bapa dan guru di sekolah rendah agama swasta: satu kajian awal. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik (Volume 5, No. 2, April 2017, Pages 66 to 84). Dimuat turun daripada http://www.myjurnal.my/public/article-view.php?id=112009 

No comments:

Post a Comment