Menurut World Health Organisation, Orang Kurang Upaya adalah Mereka yang pada sesuatu masa terhalang oleh keadaan fizikal atau mental dari melakukan aktiviti-aktiviti normal rakan sebaya seperti sosial, reakrasi, pelajaran dan vokasional. Jika menurut zainuddin (2004), golongan orang kurang upaya ini berhak mendapat kesamarataan dan layanan secara adil tanpa sebrang unsur diskriminasi terhadap ketidaupayaan mereka.
Antara kategori pendidikan khas adalah kurang upaya fizikal, kurang upaya pendengaran, kurang upaya penglihatan dan masalah pembelajaran. Kurang upaya fizikal ini apabila seseorang itu mengalami kecacatan anggotadan seperti Penyakit Polio, Kudung, Muscular Dystrophy, Myopathy, Neuropathy dan Osteogenesis Imperfecta. Kebiasannya mereka menggunakan tongkat atau kerusi roda. Kurang upaya pendengaran pula adalah seseorang itu boleh berjalan seperti manusia normal cuma tidak boleh melakukan aktiviti yang melibatkan percakapan dan pendengaran. Kurang upaya penglihatan pula adalah seseorang itu menggunakan tongkat untuk membantu pergerakan mereka. Mereka juga belajar menggunakan Braille dan masalah pembelajaran adalah satu kumpulan masalah yang pelbagai yang mengakibatkan kesukaran yang nyata mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat keputusan atau menyelesai masalah matematik.
Antara objektif pengurusan murid pelbagai budaya ini adalah untuk menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid dengan keperluan khas (Ramlan, 2015). Mereka yang kurang upaya ini tidak seharusnya dipinggrkan dengan tidak diberikan peluang pendidikan yang sempurna. Golongan ini juga berhak untuk memperolehi hak yang sama rata tidak kira dari segi pendidikan, kemudahan dan lain-lain lagi. Selain itu, menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas. Kebiasaanya pendidikan yang diberikan kepada golongan ini cukup hanya sekadar mereka mampu menguruskan diri mereka sendiri tanpa mengharapkan pertolongan orang lain. Pendidikan yang diberikan mestilah setanding dengan keupayaan diri pelajar. Peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas juga mestilah diberikan. Pelajar ini juga semestinya mempunyai bakat tersendiri seperti di dalam bidang sukan. Atlet negara kurang upaya seperti Mohd Ridzuan Mohd Puzi telah membuktikan bahawa golongan kurang upaya juga mampu memberikan sumbangan kepada negara.
Pengurusan bilik darjah dalam murid pelbagai upaya selalunya lebih tertumpu kepada pengurusan masalah tingkah laku murid khas. Golongan ini mempunyai pelbagai ragam dan tingkah laku yang harus diketahui oleh guru pendidikan khas. Guru mestilah mahir dalam mengawal tingkah laku pelajar dan cuba menarik perhatian pelajar dengan menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Antara peranan guru pendidikan khas adalah guru mestilah menganalisis mahir dalam menganalisis masalah tingkah laku pelajar, menghuraikan faktor salah laku dalam dan tindakan pencegahan oleh guru kelas dan pihak sekolah. Langkah yang boleh diambil oleh guru dalam menangani masalah tingkah laku pelajar khas adalah menggunakan sistem point atau token. Point atau token ini akan diberikan kepada pelajar yang melakukan kebaikan dan mampu menyiapkan tugasan yang diberikan. Point atau token ini akan ditolak jika pelajar melakukan kesalahan. Jumlah token atau point yang masih dimiliki oleh pelajar akan ditukar kepada benda yang diinginkannya.
Kesimpulannya, Pelajar-pelajar pelbagai upaya memerlukan pengajaran pada kelajuan yang sesuai, kerja kognitif yang berpatutan, standard prestasi yang realistik dan peluang yang sesuai untuk mencapai potensinya. faktor untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam akademik bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi pelajar yang bekeperluan khas. Banyak halangan dan rintangan yang perlu mereka tempuhi untuk mencapai impian mereka.
Sumber:
Nota Kuliah.
Daniel Hilmi. (2015). Pengurusan murid kurang upaya. Diperolehi daripada : https://www.slideshare.net/danielhilmi/a-pengurusan-murid-pelbagai-upaya-1-lo
Ramlan Salim. (2015). Pengurusan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jurnal/artikel yang berkaitan :
No comments:
Post a Comment