Menurut Kamus Dewan edisi ke empat, kepelbagaian bermaksud perihal pelbagai jenis. Menurut Ralph Linton (1947), Budaya adalah satu susunan perlakuan yang dipelajari dan dikaitkan dengan kehendak atau fungsi yang kekal dalam masyarakat yang digunakan bersama dalam masyarakat yang berkenaan. Kewujudan pelbagai kaum di Malaysia menyebabkan negara ini mempunyai pelbagai budaya yang diamalkan mengikut kaum masing-masing. budaya yang diamalkan dalam masyarakat mempunyai ciri-ciri perbezaan antara satu sama lain. Peranan sekolah dalam pengurusan kepelbagaian budaya di sekolah adalah memastikan bahawa setiap program adalah responsif terhadap kepelbagaian pelajar seperti berbeza agama, kaum dan lain-lain.
Antara aspek kepelbagaian budaya yang dilihat adalah dari aspek jantina iaitu lelaki atau perempuan, aspek agama iaitu islam, buddha, hindu, aspek bahasa iaitu melayu, cina, india dan aspek status sosial pelajar iaitu pelajar yang berkemampuan dan kurang berkemampuan. Setiap sekolah mestilah tidak menindas pelajar yang berlainan budaya. Golongan minoriti juga mempunyai hak dalam mendapatkan peluang pendidikan yang sepatutnya. Jika status budaya ini sering dipermainkan, ia akan menjadikan sistem pendidikan ini tidak telus kerana hanya segelintir kaum sahaja yang layak mendapatkan pendidikan yang sempurna.
Antara langkah untuk menyelesaikan masalah kepelbagaian budaya adalah melalui penawaran matapelajaran pelbagai bahasa, mengadakan ceramah dan kaunseling, hari kerohanian mengikut kaum dan beri bantuan kepada pelajar yang memerlukan. Jika di dalam satu sekolah itu terdapat pelbagai kaum yang berbeza, pihak pentadbiran mestilah mengambil perhatian tentang perkara ini. Pihak pentadbiran boleh berbincang untuk menambah mata pelajaran bahasa seperti india dan cina di sekolah. Hal ini adlah untuk mengelakkan pelajar ini daripada mudah terasa tersinggung apabila tidak mendapatkan layanan yang sepatutnya. Guru juga mestilah tidak memihak kepada mana-mana kaum yang berada di sekolah. Sikap pilih kasih haruslah semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Antara pengurusan yang boleh dilaksanakan untuk merentasi kepelbagaian budaya adalah dengan menggunakan bahasa yang sesuai semasa mengajar, aktiviti pengajaran dan pembelajaran koperatif, program yang bersifat semangat perpaduan seperti 1Malaysia dan penerapan nilai murni dan disiplin melalui projek kumpulan yang melibatkan semua kaum. Pengurusan ini bertujuan untuk memberi galakkan kejayaan pembelajaran kepada pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kebolehan untuk membuktikan meraka tahu, faham dan apa yang mereka boleh lakukan. Strategi pembezaan juga turut dilaksanakan mengikut jenisnya. Jenis-jenis pembezaan terdiri daripada isi kandungan, minat, kadar,tahap, akses, respon, urutan, struktur, masa guru, stail pengajaran dan pengumpulan. Dalam pada itu, pendidikan adalah satu proses evolusi yang berterusan. Proses ini merupakan satu pengalaman yang mencabar dan membawa tekanan kepada guru dan juga pegawai-pegawai pendidikan di kementerian.
Kesimpulannya, guru merupakan aset penting dan bertanggungjawab membentuk pelajar yang pelbagai budaya. Langkah-langkah yang efektif perlulah diintegrasikan untuk menghadapi cabaran dalam melaksanakannya. Seorang guru itu haruslah berusaha dalam menangani masalah-masalah pelajarnya yang datang dari pelbagai sudut dan aspek budaya.
Sumber :
Nota Kuliah
Naziratul. (2009) Pengurusan pelbagai budaya. Diperolehi daripada https://www.scribd.com/document/89431333/PENGURUSAN-PELBAGAI-BUDAYA
Jurnal/artikel yang berkaitan :
Mior Khairul Azrin Mior Jamaluddin (2011). Sistem Pendidikan di Malaysia: Dasar, Cabaran, dan Pelaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional. Sosiohumanika, 4(1) 2011 33
Dimuat turun daripada : http://www.journals.mindamas.com/index.php/sosiohumanika/article/view/436/434
No comments:
Post a Comment