"" " "

lagu

Tuesday, November 13, 2018

TAJUK 10 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID.

Menurut Zuraidah (1994), nasihat adalah satu kaedah untuk menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Pengurusan penasihatan murid terdiri daripada tiga komponen utama iaitu bimbingan, mentoring dan penasihatan. Menurut Othman Mohamed  (2010), bimbingan adalah sebahagian daripada proses menolong yang melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta maklumat sesuai agr sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya.
Menurut Rohani dan Nazariah Samad (2006), terdapat tiga ciri-ciri pengurusan penasihatan murid. Yang pertama ialah berfokus kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri individu yang bermasalah. Kedua memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan. Ketiga, berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada orang lain iaitu lebih berpengalaman, berpengetahuan dan pengiktirafan.
Antara perkhidmatan kaunseling yang berkesan adalah apabaila guru kaunseling mampu membantu pelajar dapat meningkatkan pencapaian akademik. Kebanyakan pelajar yang memperolehi akademik yang teruk adalah kerana mereka mempunyai masalah tertentu. Guru kaunseling haruslah mengambil pendekatan dengan cuma membantu pelajar tersebut dalam menyelesaikan masalahnya supaya pelajar mampu fokus kembali di dalam kelas. Seterusnya, guru kaunseling juga haruslah membina jangkaan kerjaya pelajar pada masa akan datang. Hal ini dapat dilaksanakan oleh guru kaunseling apabila guru melihat keputusan peperiksaan pelajar dan guru memberikan cadangan tentang kerjaya yang sesuai diambil pada masa akan datang. Guru kaunseling ini secara tidak langsung telah membantu pelajar dalam membuat pilihan yang tepat tentang masa hadapannya.
Kebiasaannya antara masalah yang akan dihadapi oleh pelajar ini boleh dibezakan melalui dua kategori iaitu kategori satu apabila pelajar tersebut malas belajar, kerap tidak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru dan kurang motivasi di dalam dirinya. Bagi pelajar yang bermasalah berada di kategori dua pula adalah pelajar tersebut terlibat di dalam deraan seksual sama ada di sekolah ataupun di rumah, deraan fizikal,mencuri kerana desakan hidup dan membantu ibubapa mencari rezeki dengan bekerja semasa hari persekolahan.
Memahami budaya sekolah, isu semasa dan kepentingan kepada bimbingan dan penasihatan adalah berdasarkan beberapa objektif. Objektif tersebut adalah guru-guru dapat memahami fungsi dan matlamat sekolah, dapat mengetahui kepentingan budaya sekolah dan faktor-faktor yang mempengaruhinya serta guru menyedari tentang isu tingkah laku bermasalah yang biasa berlaku di sekolah seterusnya guru-guru dapat mengetahui peranan yang harus dilakukan bagi mewujudkan persekitaran yang positif di sekolah.

Kesimpulannya, program pengurusan dan kaunseling sesebuah sekolah amat signifikan dalam usaha melahirkan modal insan kelas pertama yang bakal menerajui masa depan negara. Setiap sekolah diwajibkan mempunyai guru kaunseling kerana peranan guru kaunseling ini amatlah penting dalam membantu pelajar yang bermasalah. 

Sumber :
Nota Kuliah

Zuraidah Abdul Rahman. (1994). Kaunseling dalam pengurus. Kuala Lumpur Times Editions

Jurnal/artikel yang berkaitan :

Ong, Sze Chong, Zamri Mahamod, dan Hamidah Yamat (2013). Faktor jantina, kaum, aliran kelas dan hubungannya dengan kecerdasan emosi murid dalam mempelajari Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu (Malay Language Education Journal) (Volume 3, No. 1, 2013, Pages 12 to 23). Dimuat turun daripada http://www.myjurnal.my/public/article-view.php?id=64634 

No comments:

Post a Comment