Tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai serta sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak adalah takrifan mengenai tingkah laku. Terdapat dua jenis tingkah laku iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif. Tingkah laku positif merupakan tingkah laku yang baik kerana tingkah laku ini menyebabkan seseorang itu lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku negatif pula merupakan tingkah laku yang boleh memberikan masalah dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Disiplin adalah satu set peraturan yang telah ditetapkan kepada murid-murid bagi mengawal serta untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini. Disiplin ialah peraturan yang dipersetujui oleh kelompok masyarakat bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan kehidupan masyarakat. Disiplin juga merujuk cara pemikiran yang mempengaruhi sifat rasional dan keyakinan diri. Menurut Abdullah Sani (2005) disiplin merupakan satu bentuk latihan untuk mengembangkan potensi individu daripada segi intelek, jasmani,rohani dan sosial supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Menurut Bowen (1996), antara faktor berlakunya masalah disiplin di sekolah adalah guru kurang memberi tumpuan kepada murid. Hal ini jelas berlaku kepada pelajar yang kurang pintar atau yang lebih mudah ia kerap berlaku kepada pelajar yang berada di kelas belakang. Guru menganggap pelajar-pelajar ini seperti tidak mempunyai masa depan kerana sukar untuk memahami apa yang diajarkan. Jika guru mengajar pun hanyalah sekadar melaksanakan tanggungjawabnya sahaja. Guru tidak berusaha untuk menerangkan secara pelajar tersebut faham. Tindakan guru seperti ini secara tidak langsung akan menyebabkan pelajar tersebut berasa bosan semesa berada di sekolah dan kerap melakukan masalah disiplin. Selain itu, sikap pelajar yang kurang memikirkan tentang masa depan mereka untuk berjaya juga merupakan punca terjadinya masalah disiplin ini.
Antara teknik-teknik mengurus tingkah laku adalah dengan menggunakan alat pengukuran personal (personal tools), teknik pencegahan (preventives technique), dan tindakan pembetulan (correction measure). Teknik pertama iaitu alat pengukuran personal yang boleh dilaksanakan dengan menggunakan kaedah kedekatan fizikal (physical proximity). Kaedah ini dilaksanakan dengan guru mendekati sendiri murid yang mempunyai masalah tingkah laku. Kaedah seterusnya adalah dengan menggunakan mobiliti fizikal (physical mobility) iaitu dengan berjalan ke hadapan, ke belakang, ke tepi atau mengelilingi kelas sambil membuat pengawasan. Eksperisi wajah atau pandangan guru yang menyenangkan, menarik, marah, kecewa atau benci turut tergolong dalam teknik pertama ini. Teknik kedua pula adalah berkaitan dengan pencegahan. Teknik ini dapat mengurangkan ketengangan dan menggalakkan proses pengajaran supaya menjadi lancar. Teknik tindakan pembetulan dapat dilaksanakan dengan menangani masalah secara spontan dan menghentikan dengan baik tanpa merosakkan apa-apa. Selain itu, pengubahsuaian tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif serta mengharmonikan iklim bilik darjah juga dapat membantu dalam melaksanakan teknik tindakan pembetulan ini.
Langkah untuk mengatasi masalah disiplin ini adalah dengan mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/2011. Pelaksanaan Standars Operating Procedure. Tujuan surat pekeliling ini adalah supaya pihak JPN, PPD dan sekolah boleh mematuhi tahap kesegeraan penyampaian maklumat berkaitan dengan disiplin murid kepada KPM.
Kesimpulannya, masalah tingkah laku ini harus ditangani oleh guru dengan bijak dan teratur agar ia tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui keberkesanan sistem pembelajaran yang berkesan akan mempercepatkan perkembangan pembelajaran para pelajar di sekolah.
Sumber:
Nota dicapai daripada https://www.slideshare.net/fiezas0363/pengurusan-tingkah-laku-dan-disiplin-murid
Artikel/Jurnal yang berkaitan
Khalim Zainal, Rohani Ahmad Tarmizi, Zakaria Kasa, Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim, (2007). Program Sistem Penalti: Kaedah Alternatif bagi Pengurusan Disiplin Pelajar. Dimuat turun daripada:http://journalarticle.ukm.my/192/1/1.pdf
No comments:
Post a Comment