Pengurusan membawa maksud proses mengagihkan input-input organisasi untuk tujuan mengeluarkan output iaitu perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan-pelanggan supaya objektif organisasi tercapai (Jaafar Muhammad, 1988). menurut kamus dewan bahasa (2004) menyatakan murid itu adalah pelajar yang belajar di sekolah yang berada di dalam lingkungan umur 7 tahun hingga 18 tahun. Terdapat konsep pengurusan murid boleh terdiri daripada beberapa aspek iaitu perancangan, pentadbiran dan pengawalan atau pemulihan
Antara kaedah terkini dalam menguruskan rekod murid adalah melalui sistem maklumat murid berkomputer. Sistem ini telah diperkenalkan pada tahun 2000 di mana mengandungi segala maklumat yang berkaitan dengan senarai rekod kesihatan murid, rekod Rancangan Makanan Tambahan, rekod Skim Pinjaman Buku Teks, rekod kedatangan harian dan lain-lain (Mok Soon Sang, 1993). Sisitem maklumat berkomputer ini telah memudahkan urusan guru dalam mencari maklumat berkenaan latar belakang murid. Antara ciri-ciri pemfailan yang baik adalah ia mestilah disusun dengan sistematik. Segala maklumat pelajar mestilah diasingkan di dalam folder yang berlainan supaya ia mudah dirujuk oleh para guru. Selain itu, rekod mengenai maklumat sekolah hendaklah disimpan di tempat yang selamat agar maklumat ini tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Guru mestilah perlu mengetahui jenis-jenis kesediaan belajar di mana ia terdiri daripada kesediaan kognitif, kesediaan afektif dan kesediaan psikomotor (Suppiah et al., 2012). Pembelajaran hanya akan berlaku apabila terdapatnya tiga aspek ini. Kesediaan kognitif lebih berfokuskan kepada peringkat perkembangan mental untuk menerika rangsangan, memahami, menaakul dan berfikir. Kognitif ini akan meningkat selaras dengan pertambahan umur seseorang. Keupayaan ini boleh diwujudkan apabila guru membuat perancangan aktiviti pembelajaran dan objektif. Selain itu, kesediaan afektif pula adalah sikap keinginan, semangat dan ketekunan dalam melaksanakan aktiviti di dalam pembelajaran. Contohnya dapat dilihat apabila guru menggunakan teknik pengajaran yang menarik semasa di dalam kelas mampu meningkatkan semangat dan ketekunan murid. Seterusnya kesediaan psikomotor. Kesediaan ini lebih berfokuskan kepada fizikal murid dengan menggunakan fungsi tubuh badan sebagai penggerak utama. Kesediaan psikomotor adalah berbeza antara pelajar. Contohnya kesidiaan ini dapat diaplikasikan di dalam mata pelajaran pendidikan jasmani dengan mengajak pelajar bermain bola sepak.
Di dalam pengurusan murid, guru juga haruslah mengetahui cara bagaimana untuk meningkatkan motivasi kepada pelajar. Cara ini boleh terbahagi kepada dua iaitu berfokuskan kepada intrinsik dan ekstrinsik. Intrinsik adalah keinginan pelajar itu sendiri dari segi minat, ingin tahu dan kepuasan terhadap sesuatu pembelajaran. Hal ini tidak memerlukan rangsangan daripada luar. Ekstrinsik pula adalah dorongan dan sokongan luaran iaitu bukan dari dirinya sendiri untuk melakukan sesuatu aktiviti. Guru mestilah memberikan rangsangan semasa melakukan aktiviti di dalam kelas. Contohnya dengan menjanjikan ganjaran kepada murid jika memperoleh kejayaan.
Kesimpulan, guru mestilah mengetahui cara bagaimana hendak menguruskan murid. Jika guru mampu mengenalpasti cara yang terbaik dalam menguruskan murid sudah pastinya murid akan berasa seronok untuk menuntut ilmu di sekolah. Kekesaran dan paksaan adalah bukan cara pengurusan murid yang terbaik.
Sumber:
Nota kuliah
Mok Soon Sang. (1993). Asas Pendidikan I: Sekolah dan Bilik Darjah. Selangor, Percetakan Season Sdn. Bhd.
Nota dicapai daripada https://www.slideshare.net/MuhammadIzhar/pengurusan-murid-54694100
Suppiah Nachiappan., Kamarulzman Kamaruddin., Abd. Aziz Abd.Shukor., Ramlah Jantan., Roslinda Mustapha., Hazalizah Hamzah., (2102). Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar. Kuala Lumpur. Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Artikel/jurnal yang berkaitan:
Ermie Dharlya Che Daud. (2013). Sistem Maklumat Pengurusan Dalam Talian Di Sekolah Dalam Konteks Malaysia. Dimuat turun daripada
Nur Sakinah Mohd Isa dan Mohd Nihra Haruzuan Mohamad Said (2016). Sistem Pengurusan Rekod Dokumen Sekolah Melalui Web Berasaskan Teori Aktiviti. Jurnal Pendidikan Nusantara, Edisi Khas Jun 2016 33 ISSN 2289-9375. Dimuat turun daripada https://educ.utm.my/nihra/files/2012/09/85.pdf
No comments:
Post a Comment