"" " "

lagu

Tuesday, November 13, 2018

TAJUK 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH

Pengurusan bilik darjah boleh terdiri daripda organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan (Richard, 1990). pengurusan bilik darjah amatlah mempengaruhi setiap aktiviti yang ingin dijalan di dalam bilik darjah. Iklim bilik darjah yang berkesan memberi kesan positif ke atas hubungan guru dan murid. Secara ringkas, pengurusan bilik darjah ini boleh merupakan satu kerjasama antara guru dan juga murid untuk menguruskan segala aspek kehidupan di dalam bilik darjah.
Antara strategi pengurusan bilik darjah yang boleh dilakukan oleh seorang guru adalah merancang persekitaran bilik darjah dan rutin harian. Persekitaran fizikal bilik darjah mestilah kondusif kerana ia mampu menpengaruhi setiap tingkah laku pelajar. Segala peralatan dan kemudahan di dalam kelas juga mestilah mampu berfungsi dengan sempurna seperti kipas dan lampu. Jika di dapati lampu kelas rosak, hendaklah dibaiki supaya pelajar dapat menuntut ilmu di dalam keadaan yang selesa. Susunan meja perlulah diambil perhatian kerana ia merupakan aspek yang penting dalam menjadikan persekitaran bilik darjah yang kondusif. Ciri bilik darjah yang dianggap kondusif apabila ia bilik darjah itu tradisi, terbuka dan berasaskan kepada KBSR dan KBSM (Mok Soon Sang, 1993). Tradisi itu apabila kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris dan sentiasa berada di dalam keadaan teratur dan susunannya mestilah mudah untuk melakukan aktiviti di dalam kumpulan. Terbuka pula apabila pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan boleh fokus kepada seluruh bilik darjah dan pelajar bebas untuk bergerak dan bekerjasama.
Pengurusan bilik darjah juga boleh dikendalikan melalui aktiviti pengajaran berkumpulan. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memudahkan guru membimbing murid dan mampu menggalakkan penglibatan aktif individu di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktivti berkumpulan ini juga adalah untuk melihat kerjasamaa yang wujud antara pelajar secara tidak langsung ia telah memudahkan urusan guru untuk mengendalikan pelajar. Jika aktiviti pengajaran di dalam kumpulan dilaksanakan, guru mestilah memberikan perhatian yang sama rata keoada semua kumpulan dan memberi penerangann bagi tugasan yang diberikan.
Guru juga mestilah mempunyai ilmu dalam mengurus bilik darjah seperti ilmu merancang, mengurus, mengawal, mengarah dan mengelola (Jamaliah dan Norashimag, 2005). Pengurusan bilik darjah yang baik dapat dilihat apabila guru mampu merancang perjalanan sesi pengajaran dan pembelajarannya. Guru mestilah memilih tajuk yang hendak diajarkan, menetapkan objektif yang hendak dicapai, dan menggukan bahan dan alat bantu mengajar yang bersesuaian. Ilmu mengurus pula merujuk kepada cara guru hendak memberi motivasi kepada pelajar. Guru mestilah mampu mendengar segala masalah yang dihadapi oleh pelajar supaya semasa sesi pengajaran nanti pelajar tersebut mampu memberikan tumpuan yang tinggi di dalam bilik darjah. Ilmu mengarah ini mestilah terdapat di dalam diri seorang guru. Guru mestilah mengarahkan pelajar akan suasana di dalam bilik darjah menjadi lebih aktif dan bermakna.
Pengurusan bilik darjah adalah untuk membantu guru mengendalikan dan menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan lebih mudah. Pengetahuan yang mendalam tentang pengurusan bilik darjah akan memberikan keyakinan dan masa yang lebih banyak untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Sumber:
Nota Kuliah


Mok Soon Sang. (1993). Asas Pendidikan I: Sekolah dan Bilik Darjah. Selangor, Percetakan Season Sdn. Bhd.

Jamaliah Abdul Hamid & Norashimah Ismail. (2005). Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan: Teori, Polisi dan Pelaksanaan.Universiti Putra Malaysia

Artikel/Jurnal yang berkenaan:
Norizzah Nabi Khan. (2016). Kajian Kesepadanan Ukuran Kerusi Dan Meja Belajar Dengan Antropometrik Pelajar Sekolah Rendah Di Malaysia.Universiti Sains Malaysia, Penang. Dimuat turun daripada  http://eprints.usm.my/32233/1/NORIZZAH_NABI_KHAN_24(NN).pdf

No comments:

Post a Comment