"" " "

lagu

Wednesday, November 14, 2018

TAJUK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

Persediaan yang rapi membolehkan guru menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku ketika proses pembelajaran dijalankan. Pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid. Menurut Jaafar (1998), Pengurusan bermaksud proses mengagihkan input-input organissi untuk tujuan mengeluarkan output yang diperlukan oleh pelanggan pelanggan supaya objektif organisasi tercapai. Manakala, alam belajar adalah keadaan atau suasana belajar yang dapat meransang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku (Noriati, Boon, Sharifah, 2009). 
Antara faktor utama pengurusan alam pembelajaran adalah faktor Rancangan Orientasi Sekolah (ROS), faktor pedagogi, faktor Rancangan Pengurusan Harian (RPH), faktor kurikulum dan faktor bahan bantu mengajar dan alat bantu mengajar. Kelima-lima faktor ini sangat berkaitan antara satu sama lain untuk memastikan pengurusan alam pembelajaran berada di tahap yang cemerlang. Penggunaan alat  bantu mengajar dan bahan bantu mengajar menyebabkan pengajaran lebih efektif. Murid lebih tertarik kepada kaedah yang kemaskini dan menggunakan peralatan elektronik seperti komputer, internet, powerpoint, dan video. Hal ini kerana kebanyakkan pelajar lebih menggemari proses pembelajaran secara visual. Guru juga boleh merancang aktiviti penglibatan murid-murid dalam pengajaran. Setiap aktiviti yang dirancang hendaklah ditulis dan dimasukkan di dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Penyediaan RPH sememangnya mampu membantu guru untuk merancang pengajaran sebelum memulkan prose pembelajaran di dalam kelas.
Antara fasa penyampaian ilmu yang berada di dalam pengurusan alam pembelajaran adalah fasa mengenalpasti kemampu murid. Guru mestilah mengenalpasti kemampuan murid terlebih dahulu sebelum membina objektif pengajaran. Hal ini kerana kemampuan murid ini lah yang akan menentukan sam ada objektif guru itu tercapai ataupun tidak. Selain itu, fasa mengenalpasti objektif pengajaran. Proses mengenalpasti proses pengajaran ini boleh berlaku apabila guru membuat analisis terlebih dahulu terhadap bahan pengajaran. Seterusnya, fasa merancang dan melaksanakan aktiviti. Setiap proses pengajaran mestilah diikuti dengan aktiviti supaya pengajaran itu menjadi lebih berkesan. Aktiviti yang hendak dilaksanakan mestilah berkesan dengan tajuk dan objektif yang telah ditetapkan.
Antara kemahiran yang perlu ada di dalam diri seorang guru adalah kemahiran mengemukakan pelbagai jenis soalan dengan tujuantertentu berasaskan konsep penyoalan. Di antara tujuan penyoalan ialah mendapatkan maklumat, menguji kefahaman, menimbulkan kepekaan, menarik perhatian, membayangkan jawapan, dan mengukuhkan pemahaman. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran amatberkait rapat dengan pengurusan bilik darjah yang berdisiplin, susunan meja dan kerusi yang suasana belajar, persekitaran harmoni keilmuan, dan keceriaan wajah ilmuan. Hal ini, akan membolehkan guru melaksanakan perancangan pengajaran dengan berkesan dan pencapaian pembelajaran maksimum. Bilik darjah merupakan medan peranan, tanggungjawab dan amanah seseorang guru dalam melaksanakan akauntabiliti profesionnya. Seseorang guru dikategorikan sebagai efektif apabila pengajaran yang disampaikan mendatangkan kesan positif di kalangan pelajar. 
Kesimpulannya, persediaan guru sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran sangat penting kerana sesuatu perkara yang mempunyai perancangan yang baik akan menghasilkan sesuatu yang baik. Persediaan ini juga mampu memberikan gambaran yang sebenar dunia pendidikan dan mampu melatih bakal guru supaya lebih selesa semasa ditempatkan di sekolah nanti.

Sumber:
Nota Kuliah

Jaafar Sulaiman (1998). Sistem nilai guru terhadap stail pengurusan pengetua dan suasana kerja guru. Universiti Sains Malaysia.

Noriati A. Rashid et. al (2009). Murid dan alam belajar. Shah Alam; oxford fajar.

Artikel/Jurnal yang berkaitan:

Julismah Jani, Ong, Kuan Boon, Mohd Sani Madon, Hishamuddin Ahmad, Nur Haziyanti Mohamad Khalid dan Yusof Ahmad (2009). Pendekatan pengajaran, gaya belajar dan jenis penilaian dalam mata pelajaran Sains Sukan di sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal of Education) (Volume 34, No. 2, 2009, Pages 81 to 91). Dimuat turun daripada http://www.myjurnal.my/public/article-view.php?id=15706 

TAJUK 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

Persekitaran sekolah boleh ditakrifkan sebagai set ciri dalaman yang membezakan satu sekolah dengan sekolah lain, dan mempengaruhi tingkah laku ahli ahlinya, iaitu kakitangan dan pelajar (Hoy dan Miskel, 1987) manakala menurut Jarzabkowski (2002) pula, Persekitaran Sekolah adalah semua keadaan, sumber dan aktiviti saling bersepadu secara langsung atau tidak langsung yang memberi kesan kepada fungsi sekolah. Pada amnya, iklim dan persekitaran sekolah akan membawa pengaruh yang penting terhadap pembentukan tingkah laku, imej mental, aspirasi dan interaksi sosial bagi anggota-anggota di dalamnya (Abdullah Sani bin Yahya, 2007).  
Antara aspek persekitaran sekolah yang sering diambil kira adalah melalui aspek Persekitaran Fizikal yang mesra dan kondusif untuk pembelajaran. Aspek persekitaran fizikal ini adalah saiz dan bentuk, ruang, cahaya dalaman, warna, perabot, susunan tempat moden. Warna sangatlah memainkan peranan untuk menarik perhatian pelajar supaya sentiasa gemar untuk datang ke sekolah. Selain itu, aspek persekitaran yang dilihat adalah aspek Persekitaran sosial yang menggalakkan komunikasi dan interaksi. Perskitaran sosial ini hendaklah diwujudkan oleh setiap guru yang mengajar di dalam kelas iaitu dengan menggunakan teknik pengajaran berpusatkan pelajar untuk melibatkan pelajar secara aktif di dalam proses pembelajaran. Seterusnya aspek persekitaran yang lain adalah persekitaran yang berkesan menggalakkan rasa kekitaan dan harga diri dan persekitaran akademik  yang menggalakkan pembelajaran dan memenuhi diri.
Salah satu   halangan terhadap melaksanakan sesuatu projek keceriaan biasanya timbul daripada masalah kewangan. Dalam hal ini, semua pihak perlu bekerjasama termasuklah, pengetua, guru-guru, staf-staf sekolah, para pelajar dan pihak Persatuan IbuBapa dan Guru (PIBG). Pihak sekolah perlu berusaha mencari penaja, pelajar pula bolehmenjalankan kutipan derma melalui program-program tertentu, guru-guru pula membantu para pelajar menjalankan program-program amal. Sekiranya iklim dan persekitaran sekolah dalam   keadaan   yang   bersih   dan   ceria,   sudah   pasti   motivasi   dan  prestasi   pelajar   dapat ditingkatkan ke tahap yang optimum seterusnya mewujudkan budaya sekolah yang positif.
Antara langkah untuk mewujudkan persekitaran yang baik adalah dengan Memastikan hubungan pentadbir dengan guru, guru dengan guru dan guru dengan murid dalam keadaan yang baik. Hal ini kerana mereka ini saling berkait dan bergantung antara satu sama lain untuk mewujudkan suasana yang ceria di sekolah. Selain itu, Pihak sekolah  mestilah meningkatkan sistem penyelenggaraan dan perubahan melalui  kebebasan kakitangan dan staf. Pihak sekolah tidak boleh terlalu mengongkong dan memaksa staf dan guru-guru untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Hal ini akan mewujudkan suasana yang tegang antara pihak sekolah dan staf ataupun guru-guru lain. Antara langkah lain yang mampu mewujudkan persekitaran yang baik adalah mengurangkan tekanan terhadap guru dan membangunkan tahap profesion perguruan.

Kesimpulannya, pihak sekolah seharusnya berusaha untuk mewujudkan persekitaran yang menarik kerana ia mampu membantu pihak sekolah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan mempunyai pelbagai kemahiran. 

Sumber:
Nota Kuliah

Abdullah Sani Yahya (2005). Mengurus sekolah. Pahang; pts professional.
Chong Lea Keow (2009). Siri pendidikan perguruan murid dan alam belajar. Kuala lumpur; Sudirman Snd.Bhd.

Hoy, W.K et al (1987). Educational administration: theory research and development in education.

Rahimah Ahmad & Zulkifli A. Manaf (1996). Toward developing in profile of effective and less effective school. Jurnal pendidikan, 17 (51-63).

Jurnal/Artikel yang berkaitan:

Muhammad Faizal A. Ghani dan Faisol Elham (2017). Cabaran pelaksanaan program intervensi anjuran persatuan ibu bapa dan guru di sekolah rendah agama swasta: satu kajian awal. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik (Volume 5, No. 2, April 2017, Pages 66 to 84). Dimuat turun daripada http://www.myjurnal.my/public/article-view.php?id=112009 

TAJUK 12 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA.

Menurut World Health Organisation, Orang Kurang Upaya  adalah Mereka yang pada sesuatu masa terhalang oleh keadaan fizikal atau mental dari melakukan aktiviti-aktiviti normal rakan sebaya seperti sosial, reakrasi, pelajaran dan vokasional. Jika menurut zainuddin (2004), golongan orang kurang upaya ini berhak mendapat kesamarataan dan layanan secara adil tanpa sebrang unsur diskriminasi terhadap ketidaupayaan mereka.
Antara kategori pendidikan khas adalah kurang upaya fizikal, kurang upaya pendengaran, kurang upaya penglihatan dan masalah pembelajaran. Kurang upaya fizikal ini apabila seseorang itu mengalami kecacatan anggotadan seperti Penyakit Polio, Kudung, Muscular Dystrophy, Myopathy, Neuropathy dan Osteogenesis Imperfecta. Kebiasannya mereka menggunakan tongkat atau kerusi roda. Kurang upaya pendengaran pula adalah seseorang itu  boleh berjalan seperti manusia normal cuma tidak boleh melakukan aktiviti yang melibatkan percakapan dan pendengaran. Kurang upaya penglihatan pula adalah seseorang itu menggunakan tongkat untuk membantu pergerakan mereka. Mereka juga belajar menggunakan Braille dan masalah pembelajaran adalah satu kumpulan masalah yang pelbagai yang mengakibatkan kesukaran yang nyata mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat keputusan atau menyelesai masalah matematik.
Antara objektif pengurusan murid pelbagai budaya ini adalah untuk menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid dengan keperluan khas (Ramlan, 2015). Mereka yang kurang upaya ini tidak seharusnya dipinggrkan dengan tidak diberikan peluang pendidikan yang sempurna. Golongan ini juga berhak untuk memperolehi hak yang sama rata tidak kira dari segi pendidikan, kemudahan dan lain-lain lagi. Selain itu, menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas. Kebiasaanya pendidikan yang diberikan kepada golongan ini cukup hanya sekadar mereka mampu menguruskan diri mereka sendiri tanpa mengharapkan pertolongan orang lain. Pendidikan yang diberikan mestilah setanding dengan keupayaan diri pelajar. Peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas juga mestilah diberikan. Pelajar ini juga semestinya mempunyai bakat tersendiri seperti di dalam bidang sukan. Atlet negara kurang upaya seperti Mohd Ridzuan Mohd Puzi telah membuktikan bahawa golongan kurang upaya juga mampu memberikan sumbangan kepada negara.
Pengurusan bilik darjah dalam murid pelbagai upaya selalunya lebih tertumpu kepada pengurusan masalah tingkah laku murid khas. Golongan ini mempunyai pelbagai ragam dan tingkah laku yang harus diketahui oleh guru pendidikan khas. Guru mestilah mahir dalam mengawal tingkah laku pelajar dan cuba menarik perhatian pelajar dengan menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Antara peranan guru pendidikan khas adalah guru mestilah menganalisis mahir dalam menganalisis masalah tingkah laku pelajar, menghuraikan faktor salah laku dalam dan tindakan pencegahan oleh guru kelas dan pihak sekolah. Langkah yang boleh diambil oleh guru dalam menangani masalah tingkah laku pelajar khas adalah menggunakan sistem point atau token. Point atau token ini akan diberikan kepada pelajar yang melakukan kebaikan dan mampu menyiapkan tugasan yang diberikan. Point atau token ini akan ditolak jika pelajar melakukan kesalahan. Jumlah token atau point yang masih dimiliki oleh pelajar akan ditukar kepada benda yang diinginkannya.
Kesimpulannya, Pelajar-pelajar pelbagai upaya memerlukan pengajaran pada kelajuan yang sesuai, kerja kognitif yang berpatutan, standard prestasi yang realistik dan peluang yang sesuai untuk mencapai potensinya. faktor untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam akademik bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi pelajar yang bekeperluan khas. Banyak halangan dan rintangan yang perlu mereka tempuhi untuk mencapai impian mereka. 

Sumber:
Nota Kuliah.
Daniel Hilmi. (2015). Pengurusan murid kurang upaya. Diperolehi daripada : https://www.slideshare.net/danielhilmi/a-pengurusan-murid-pelbagai-upaya-1-lo
Ramlan Salim. (2015). Pengurusan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jurnal/artikel yang berkaitan :

Mohd Hanafi Mohd Yasin, Hasnah Toran, Mohd Mokhtar Tahar, Safani Bari, Siti Nur Nadirah Ibrahim dan Rozniza Zaharudin (2013). Bilik darjah pendidikan khas pada masa kini dan kekangannya terhadap proses pengajaran. Asia Pacific Journal of Educators and Education (Volume 28, 2013, Pages 1 to 9). Dimuat turun daripada http://www.myjurnal.my/public/article-view.php?id=81424 

TAJUK 11 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA.

Menurut Kamus Dewan edisi ke empat, kepelbagaian bermaksud perihal pelbagai jenis. Menurut Ralph Linton (1947), Budaya adalah satu susunan perlakuan yang dipelajari dan dikaitkan dengan kehendak atau fungsi yang kekal dalam masyarakat yang digunakan bersama dalam masyarakat yang berkenaan. Kewujudan pelbagai kaum di Malaysia menyebabkan negara ini mempunyai pelbagai budaya yang diamalkan mengikut kaum masing-masing. budaya yang diamalkan dalam masyarakat mempunyai ciri-ciri perbezaan antara satu sama lain. Peranan sekolah dalam pengurusan kepelbagaian budaya di sekolah adalah memastikan bahawa setiap program adalah responsif terhadap kepelbagaian pelajar seperti berbeza agama, kaum dan lain-lain.
Antara aspek kepelbagaian budaya yang dilihat adalah dari aspek jantina iaitu lelaki atau perempuan, aspek agama iaitu islam, buddha, hindu, aspek bahasa iaitu melayu, cina, india dan aspek status sosial pelajar iaitu pelajar yang berkemampuan dan kurang berkemampuan. Setiap sekolah mestilah tidak menindas pelajar yang berlainan budaya. Golongan minoriti juga mempunyai hak dalam mendapatkan peluang pendidikan yang sepatutnya. Jika status budaya ini sering dipermainkan, ia akan menjadikan sistem pendidikan ini tidak telus kerana hanya segelintir kaum sahaja yang layak mendapatkan pendidikan yang sempurna.
Antara langkah untuk menyelesaikan masalah kepelbagaian budaya adalah melalui penawaran matapelajaran pelbagai bahasa, mengadakan ceramah dan kaunseling, hari kerohanian mengikut kaum dan beri bantuan kepada pelajar yang memerlukan. Jika di dalam satu sekolah itu terdapat pelbagai kaum yang berbeza, pihak pentadbiran mestilah mengambil perhatian tentang perkara ini. Pihak pentadbiran boleh berbincang untuk menambah mata pelajaran bahasa seperti india dan cina di sekolah. Hal ini adlah untuk mengelakkan pelajar ini daripada mudah terasa tersinggung apabila tidak mendapatkan layanan yang sepatutnya. Guru juga mestilah tidak memihak kepada mana-mana kaum yang berada di sekolah. Sikap pilih kasih haruslah semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Antara pengurusan yang boleh dilaksanakan untuk merentasi kepelbagaian budaya adalah dengan menggunakan bahasa yang sesuai semasa mengajar, aktiviti pengajaran dan pembelajaran koperatif, program yang bersifat semangat perpaduan seperti 1Malaysia dan penerapan nilai murni dan disiplin melalui projek kumpulan yang melibatkan semua kaum. Pengurusan ini bertujuan untuk memberi galakkan kejayaan pembelajaran kepada pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kebolehan untuk membuktikan meraka tahu, faham dan apa yang mereka boleh lakukan. Strategi pembezaan juga turut dilaksanakan mengikut jenisnya. Jenis-jenis pembezaan terdiri daripada isi kandungan, minat, kadar,tahap, akses, respon, urutan, struktur, masa guru, stail pengajaran dan pengumpulan. Dalam pada itu, pendidikan adalah satu proses evolusi yang berterusan. Proses ini merupakan satu pengalaman yang mencabar dan membawa tekanan kepada guru dan juga pegawai-pegawai pendidikan di kementerian.
Kesimpulannya, guru merupakan aset penting dan bertanggungjawab membentuk pelajar yang pelbagai budaya. Langkah-langkah yang efektif perlulah diintegrasikan untuk menghadapi cabaran dalam melaksanakannya. Seorang guru itu haruslah berusaha dalam menangani masalah-masalah pelajarnya yang datang dari pelbagai sudut dan aspek budaya.

Sumber : 
Nota Kuliah

Naziratul. (2009) Pengurusan pelbagai budaya. Diperolehi daripada https://www.scribd.com/document/89431333/PENGURUSAN-PELBAGAI-BUDAYA

Jurnal/artikel yang berkaitan :
Mior Khairul Azrin Mior Jamaluddin (2011). Sistem Pendidikan di Malaysia: Dasar, Cabaran, dan Pelaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional. Sosiohumanika, 4(1) 2011 33

Tuesday, November 13, 2018

TAJUK 10 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID.

Menurut Zuraidah (1994), nasihat adalah satu kaedah untuk menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Pengurusan penasihatan murid terdiri daripada tiga komponen utama iaitu bimbingan, mentoring dan penasihatan. Menurut Othman Mohamed  (2010), bimbingan adalah sebahagian daripada proses menolong yang melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta maklumat sesuai agr sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya.
Menurut Rohani dan Nazariah Samad (2006), terdapat tiga ciri-ciri pengurusan penasihatan murid. Yang pertama ialah berfokus kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri individu yang bermasalah. Kedua memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan. Ketiga, berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada orang lain iaitu lebih berpengalaman, berpengetahuan dan pengiktirafan.
Antara perkhidmatan kaunseling yang berkesan adalah apabaila guru kaunseling mampu membantu pelajar dapat meningkatkan pencapaian akademik. Kebanyakan pelajar yang memperolehi akademik yang teruk adalah kerana mereka mempunyai masalah tertentu. Guru kaunseling haruslah mengambil pendekatan dengan cuma membantu pelajar tersebut dalam menyelesaikan masalahnya supaya pelajar mampu fokus kembali di dalam kelas. Seterusnya, guru kaunseling juga haruslah membina jangkaan kerjaya pelajar pada masa akan datang. Hal ini dapat dilaksanakan oleh guru kaunseling apabila guru melihat keputusan peperiksaan pelajar dan guru memberikan cadangan tentang kerjaya yang sesuai diambil pada masa akan datang. Guru kaunseling ini secara tidak langsung telah membantu pelajar dalam membuat pilihan yang tepat tentang masa hadapannya.
Kebiasaannya antara masalah yang akan dihadapi oleh pelajar ini boleh dibezakan melalui dua kategori iaitu kategori satu apabila pelajar tersebut malas belajar, kerap tidak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru dan kurang motivasi di dalam dirinya. Bagi pelajar yang bermasalah berada di kategori dua pula adalah pelajar tersebut terlibat di dalam deraan seksual sama ada di sekolah ataupun di rumah, deraan fizikal,mencuri kerana desakan hidup dan membantu ibubapa mencari rezeki dengan bekerja semasa hari persekolahan.
Memahami budaya sekolah, isu semasa dan kepentingan kepada bimbingan dan penasihatan adalah berdasarkan beberapa objektif. Objektif tersebut adalah guru-guru dapat memahami fungsi dan matlamat sekolah, dapat mengetahui kepentingan budaya sekolah dan faktor-faktor yang mempengaruhinya serta guru menyedari tentang isu tingkah laku bermasalah yang biasa berlaku di sekolah seterusnya guru-guru dapat mengetahui peranan yang harus dilakukan bagi mewujudkan persekitaran yang positif di sekolah.

Kesimpulannya, program pengurusan dan kaunseling sesebuah sekolah amat signifikan dalam usaha melahirkan modal insan kelas pertama yang bakal menerajui masa depan negara. Setiap sekolah diwajibkan mempunyai guru kaunseling kerana peranan guru kaunseling ini amatlah penting dalam membantu pelajar yang bermasalah. 

Sumber :
Nota Kuliah

Zuraidah Abdul Rahman. (1994). Kaunseling dalam pengurus. Kuala Lumpur Times Editions

Jurnal/artikel yang berkaitan :

Ong, Sze Chong, Zamri Mahamod, dan Hamidah Yamat (2013). Faktor jantina, kaum, aliran kelas dan hubungannya dengan kecerdasan emosi murid dalam mempelajari Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu (Malay Language Education Journal) (Volume 3, No. 1, 2013, Pages 12 to 23). Dimuat turun daripada http://www.myjurnal.my/public/article-view.php?id=64634 

TAJUK 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

Tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai serta sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak adalah takrifan mengenai tingkah laku. Terdapat dua jenis tingkah laku iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif. Tingkah laku positif merupakan tingkah laku yang baik kerana tingkah laku ini menyebabkan seseorang itu lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku negatif pula merupakan tingkah laku yang boleh memberikan masalah dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Disiplin adalah satu set peraturan yang telah ditetapkan kepada murid-murid bagi mengawal serta untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini. Disiplin ialah peraturan yang dipersetujui oleh kelompok masyarakat bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan kehidupan masyarakat. Disiplin juga merujuk cara pemikiran yang mempengaruhi sifat rasional dan keyakinan diri. Menurut Abdullah Sani (2005) disiplin merupakan satu bentuk latihan untuk mengembangkan potensi individu daripada segi intelek, jasmani,rohani dan sosial supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Menurut Bowen (1996), antara faktor berlakunya masalah disiplin di sekolah adalah guru kurang memberi tumpuan kepada murid. Hal ini jelas berlaku kepada pelajar yang kurang pintar atau yang lebih mudah ia kerap berlaku kepada pelajar yang berada di kelas belakang. Guru menganggap pelajar-pelajar ini seperti tidak mempunyai masa depan kerana sukar untuk memahami apa yang diajarkan. Jika guru mengajar pun hanyalah sekadar melaksanakan tanggungjawabnya sahaja. Guru tidak berusaha untuk menerangkan secara pelajar tersebut faham. Tindakan guru seperti ini secara tidak langsung akan menyebabkan pelajar tersebut berasa bosan semesa berada di sekolah dan kerap melakukan masalah disiplin. Selain itu, sikap pelajar yang kurang memikirkan tentang masa depan mereka untuk berjaya juga merupakan punca terjadinya masalah disiplin ini.
Antara teknik-teknik mengurus tingkah laku adalah dengan menggunakan alat pengukuran personal (personal tools), teknik pencegahan (preventives technique), dan tindakan pembetulan (correction measure). Teknik pertama iaitu alat pengukuran personal yang boleh dilaksanakan dengan menggunakan kaedah kedekatan fizikal (physical proximity). Kaedah ini dilaksanakan dengan guru mendekati sendiri murid yang mempunyai masalah tingkah laku. Kaedah seterusnya adalah dengan menggunakan mobiliti fizikal (physical mobility) iaitu dengan berjalan ke hadapan, ke belakang, ke tepi atau mengelilingi kelas sambil membuat pengawasan. Eksperisi wajah atau pandangan guru yang menyenangkan, menarik, marah, kecewa atau benci turut tergolong dalam teknik pertama ini. Teknik kedua pula adalah berkaitan dengan pencegahan. Teknik ini dapat mengurangkan ketengangan dan menggalakkan proses pengajaran supaya menjadi lancar.  Teknik tindakan pembetulan dapat dilaksanakan dengan menangani masalah secara spontan dan menghentikan dengan baik tanpa merosakkan apa-apa. Selain itu, pengubahsuaian tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif serta mengharmonikan iklim bilik darjah juga dapat membantu dalam melaksanakan teknik tindakan pembetulan ini.
Langkah untuk mengatasi masalah disiplin ini adalah dengan mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/2011. Pelaksanaan Standars Operating Procedure. Tujuan surat pekeliling ini adalah supaya pihak JPN, PPD dan sekolah boleh mematuhi tahap kesegeraan penyampaian maklumat berkaitan dengan disiplin murid kepada KPM.
Kesimpulannya, masalah tingkah laku ini harus ditangani oleh guru dengan bijak dan teratur agar ia tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui keberkesanan sistem pembelajaran yang berkesan akan mempercepatkan perkembangan pembelajaran para pelajar di sekolah.

Sumber:

Artikel/Jurnal yang berkaitan
Khalim Zainal, Rohani Ahmad Tarmizi, Zakaria Kasa,  Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim, (2007). Program Sistem Penalti: Kaedah Alternatif bagi Pengurusan Disiplin Pelajar. Dimuat turun daripada:http://journalarticle.ukm.my/192/1/1.pdf

TAJUK 8: STRATEGI MENGURUS BILIK DARJAH

Pengurusan bilik pembelajaran merujuk kepada proses perancangan, pengorganisasian kawalan pelajar serta proses pembelajaran untuk memastikan suasana yang berkesan. Menurut Guey R. Lefroncis (1999) pengurusan bilik pembelajaran merupakan sesuatu konsep yang komprehensif untuk pelbagai aktiviti guru yang dirancang dengan tujuan memudahkan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah, merangkumi tindakan disiplin, rutin harian, penyusunan tempat duduk dan memperuntukan masa pelajaran. Richards (1990) mentafsirkan pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.Strategi membawa maksud pelbagai cara untuk mencapai tujuan. Strategi juga dapat disebut sebagai perilaku yang diambil oleh seseorang yang menggambarkan berbagai tindakan terkait dengan keadaan atau permainan (Benoit dan Trigeorgis, 2011).
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik pembelajaran. Faktor yang pertama ialah penyusunan kerusi dan meja pelajar mengikut kumpulan. Hal ini demikian kerana, penyusunan kerusi dan meja yang sistematik ini dapat meningkatkan kemahiran komunikasi antara pelajar sekaligus proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Selain itu, suasana bilik pembelajaran yang dihiasi dan diatur dengan kemas merupakan faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik pembelajaran. Apabila kelas dihiasi cantik dan ceria dengan pelbagai carta, poster, gambar, ia akan menaikan semangat para pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya dapat menambahkan ilmu yang baharu buat para pelajar. Akhir sekali, faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik pembelajaran ialah saiz bilik pembelajaran yang mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak. Keadaan ruang bilik darjah yang besar dan selesa memudahkan para pelajar untuk bergerak dan memberi keselesaan kepada para pelajar untuk menjalankan aktiviti kumpulan atau aktiviti permainan.

Terdapat beberapa pendekatan yang digunakan untuk menarik minat pelajar dalam pelajaran. Menurut Ee Ah Meng (1997), guru-guru akan dapat menimbulkan minat para pelajar terhadap pengajaran mereka menggunakan pellbagai rangsangan seperti nada suara yang berubah-ubah, carta yang menarik, pita rakaman, video dan permainan. Melalui aktiviti seperti ini, guru dapat menimbulkan dan mengekalkan minat para pelajar terhadap pengajarannya. Guru juga seharusnya pandai mengaitkan pelajaran dengan minat, perasaan ingin tahu dan ingin meneroka pada para pelajar. Menurut Smith (1969) pula, untuk melahirkan pengajaran yang berkesan, guru mestilah memahami tentang isi kandungan mata pelajaran yang akan di ajar dan yang seterusnya kefahaman mengenai disiplin-disiplin yang telah melahirkan mata pelajaran, manakala kefahaman kedua adalah untuk mendalami pengetahuan yang perlu dari segi intelek dan kebolehan menggunakan isi kandungan pengajaran tersebut. Pengajaran guru mestilah jelas dan mudah difahami pelajar agar dapat menarik minat pelajar untuk terus mengikuti pengajaran guru.

Setiap guru memainkan peranan yang penting dalam bilik pembelajaran itu sendiri. Di dalam mengurus bilik pembelajaran, seseorang guru berperanan besar bagi memastikan suasana bilik darjahnya bersifat kondusif dan selesa sesuai untuk dijalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlulah merancang persekitaran bilik darjah dan rutin harian bagi tempoh satu-satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran fizikal bilik darjah mestilah menarik dan kondusif. Hiasan dalam bilik darjah dan soal kebersihan juga perlu diberi perhatian. Susunan atau susun atur bilik darjah mestilah sesuai kerana ia akan mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru. Bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah, seseorang guru hendaklah merancang objektif serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru sebagai perancang hendaklah memikirkan objektif satu-satu pelajaran serta kaedah pengajaran yang akan digunakan. Guru hendaklah mengambil kira kebolehan dan minat para pelajar ketika membuat perancangan pengajaran. Guru juga boleh merancang tentang cara menilai pelajarnya sama ada menggunankan ujian, lembaran kerja atau projek.

Kesimpulannya, pengurusan bilik pembelajaran yang baik tidak akan berlaku tanpa perancangan. Jelaslah bahawa pengurusan bilik darjah merupakan tugas penting yang memerlukan pengetahuan, kemahiran, kesabaran dan komitmen yang optimum bagi memperoleh kesan yang maksimum. Guru perlu mendapatkan maklumat yang secukupnya tentang bilik darjah dan pelajar-pelajarnya terlebih dahulu. Persediaan guru yang lengkap dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (J.E.R.I) membolehkan Pengajaran dan Pembelajaran dijalankan dengan jaya, ceria dan cemerlang.

Sumber:

Jurnal/artikel yang berkaitan
Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh (2009). ‘Pengurusan Bilik Darjah’. Dalam Noraini Idis dan Shuki Osman, Pengajaran dan Pembalajaran: Teori dan Praktis. Kuala Lumpur: McGraw Hill. Pps 161 – 188. ISBN 978-983-3850-54-9. Dimuat turun daripada http://irep.iium.edu.my/13309/1/Chapter_-_Pengurusan_Bilik_Darjah_-_2009.pdf

TAJUK 7: PENGURUSAN SUMBER

Pengurusan ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan proses kerja yang terancang dan dilaksanakan secara sistematik, teratur dan mempunyai garis panduan tertentu. Pengurusan juga terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih entiti untuk tujuan menyelaras dan mengharmonikan kumpulan tersebut bagi mencapai sesuatu matlamat yang telah dirancangkan (Buck, 2010). Abdul Aziz Yusof (2007) menyatakan bahawa pengurusan merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan. Antara fungsi pengurusan termasuklah proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi serta menggunakan sumber-sumber yang lain dalam organisasi bagi mencapai matlamat organisasi yang telah ditetapkan.
Sumber pula merujuk kepada sesuatu bahan yang boleh digunakan serta dimanfaatkan oleh manusia dalam aktiviti ataupun kegiatan seharian. Sumber terdiri daripda pelbagai kategori iaitu sumber alam atau semulajadi, sumber manusia, kewangan dan teknologi. Kategori sumber ini digunakan manusia secara langsung untuk proses kelangsungan hidup dan mempunyai perkaitan dengan definisi pengurusan. Dari aspek pembelajaran berasaskan sumber pula, kemahiran mengurus sumber adalah sangat penting bagi menjelaskan sesuatu fakta, membuktikan kesahihan sesuatu fakta dan menyatakan kebenaran fakta berkenaan agar tidak menyimpang atau menyerong dengan etika dan norma-norma masyarakat.
Terdapat beberapa jenis sumber atau alat bantu mengajar yang digunakan dalam membantu proses pembelajaran guru. Antara sumber yang digunakan ialah bahan bercetak dan teknologi maklumat. Sumber bahan bercetak didefinisikan sebagai bahan yang mempunyai tulisan dan wujud secara fizikal. Selain itu, bahan ini boleh disentuh dan dibaca secara terus dan ianya mestilah dihasilkan melalui cetakan bukan daripada tulisan tangan. Sumber bahan bercetak meliputi buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, surat khabar, buku teks dan sebagainya. Sumber pengajaran dan pembelajaran ini telah diguna pakai oleh guru sejak sekian lama kerana harganya yang murah, senang didapati, mudah diperoleh dan mudah alih. Selain itu juga, bahan bercetak ini merupakan bahan yang kekal dan boleh dirujuk pada bila-bila masa saja kerana ianya banyak disimpan di perpustakaan dan arkib negara.
Selain daripada itu, bahan teknologi maklumat juga merupakan salah satu sumber yang digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ramai pelajar yang menyukainya. Jika sumber ini digunakan secara berkesan, alat bantu mengajar ini dapat meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru mempunyai kemudahan yang luas dalam menggunakan bahan teknologi maklumat ini kerana terdapat perisian-perisian percuma yang disediakan oleh kerajaan di setiap sekolah dan perisian tersebut bertepatan dengan sukatan pelajaran yang sedia ada bagi kemudahan guru dalam menyampaikan pengajarannya. Antara kelebihan bahan ini ialah para pelajar akan lebih mudah untuk memahami apa yang diajar oleh guru dan dapat mengekalkan minat pelajar untuk pelajaran seterusnya sekaligus dapat meningkatkan prestasi akademik mereka.
Ciri-ciri pembelajaran berasaskan sumber pembelajaran berhasrat untuk melibatkan semua pelajar belajar secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermaksud, pelajar memainkan peranan yang penting semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang  berlangsung. Guru hanya bertindak sebagai pemerhati serta menjadi fasilitator kepada para pelajar. Selain itu, peranan guru juga adalah mencari sumber yang sesuai untuk digunakan oleh para pelajar setelah itu, para pelajar  bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti berasaskan sumber yang diberi oleh guru mereka. Menggunakan cara tersebut kita dapat melihat penglibatan aktif semua pelajar untuk mencari maklumat mengenai tajuk yang telah diberikan oleh guru mereka.
Selain daripada itu, ciri-ciri pembelajaran berasaskan sumber hendaklah lebih flaksibel dalam penggunaan waktu dan ruang belajar. Gaya pembelajaran pelajar boleh berubah-ubah mengikut kesesuaian yang mereka perlukan. Ciri pembelajaran berasaskan sumber dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar mengikut keupayaan mereka. Sebagai guru mereka perlu mengetahui tahap keupayaan setiap pelajarnya supaya dapat memudahkan guru untuk mencari kaedah pengajaran yang sesuai untuk pelajar berkenaan. Tidak semua pelajar boleh memahami apa yang diajar oleh guru mereka. Ianya bergantung kepada tahap keupayaan seseorang pelajar. Para pelajar yang mempunyai tahap keupayaan yang rendah, tidak sesuai untuk belajar dengan menggunakan sumber bercetak seperti buku, majalah atau surat khabar kerana mereka tidak dapat memahami dan menguasai maksud yang cuba disampaikan dalam teks tersebut. Oleh sebab itu, golongan pelajar seperti ini hendaklah diajar menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan komputer atau alat pandang dengar seperti televisyen mahupun video kerana mereka akan lebih memahami maksud yang cuba disampaikan dengan lebih jelas lagi.
Guru seharusnya tidak menggunakan sumber pembelajaran yang tidak berkaitan dengan aspek pendidikan negara kerana setiap pembelajaran yang diajar seharusnya mengikut acuan pendidikan negara. Hal ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang lebih patriotik dan mempunyai semangat cintakan negara yang tinggi. Pengambilan sumber juga haruslah sesuai dengan pembelajaran supaya memudahkan pelajar untuk memahami maklumat cuba disampaikan oleh guru. Tanpa sumber pembelajaran, guru sukar untuk melakukan proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan didalam kelas.
Ciri pembelajaran berasakan sumber yang terakhir ialah dapat menyajikan berbagai pendekatan tentang bahan pembelajaran, kaedah kerja dan saluran komunikasi bagi meningkatkan motivasi belajar para pelajar. Dalam konteks ini guru, boleh memilih sendiri kaedah pembelajaran dengan menggunakan pelbagai sumber seperti, internet, cakera padat, video, televisyen, buku teks, majalah, surat khabar, kamus ataupun sumber yang berasaskan manusia contohnya guru ataupun rakan sekelas. Melalui aktiviti seperti ini, mereka boleh berkomunikasi dengan guru ataupun rakan yang lain apabila tamatnya waktu persekolahan dengan menggunakan internet seperti email ataupun telefon.
Terdapat beberapa fungsi pusat sumber dalam pengurusan sumber. Fungsi utama dan peranan pusat sumber adalah sebagai tempat rujukan utama bagi kegiatan belajar dan mengajar. Para guru dan pelajar akan sentiasa membuat rujukan dan mencari bahan daripada perpustakaan. Para guru akan mencari bahan yang bersesuaian bagimembuat persediaan dalam proses pengajaran di bilik darjah. Pelbagai sumber rujukan di pusat sumber juga akan dapat membentu pelajar dalam mengulangkaji pelajaran merekadan mencari bahan rujukan tambahan untuk pemahaman atau dalam menambah maklumat yang telah disampaikan. Pelajar tidak dapat mengetahui dengan mendalam sesuatu pelajaran itu jika hanya sepenuhnya bergantung pada guru sahaja tanpa membuat rujukan tambahan
Selain itu, fungsi dan peranan pusat sumber juga berperanan sebagai tempat untuk mengisi masa lapang dengan melakukan perkara yang berfaedah. Hal ini kerana, dengan adanya pusat sumber mereka terutamanya pelajar yang mempunyai masa yang terluang akan mempunyai tempat bagi mengisi masa mereka. Mereka tidak akan membazirkan masa mereka dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti melepak di pusat membeli-belah, kedai makan dan sebagainya. Apabila mereka melepak di pusat sumber bersama kawan-kawan, mereka bukan sahaja dapat mengisi masa lapang dengan baik tetapi dapat menambahkan maklumat melalui pembacaan pelbagai bahan rujukan ilmiah yang telah disediakan. Mereka juga dapat berbincang dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru bersama kawan- kawan serta dapat menghindari diri daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak.
Kesimpulannya, penggunaan sumber dalam bidang pendidikan mampu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pengajaran yang telah diajar kepada mereka. Selain itu, guru-guru dapat menyampaikan sesuatu pengajaran yang lebih berkesan berpandukan kepada sumber sebagai rujukan dalam membuat persedian mengajar. 

Sumber:

Jurnal/artikel yang berkaitan
Raja Rozita Binti Raja Ariff Shah (2013). Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Di Sekolah Menengah Zon Bandar Daerah Segamat, Johor.Universiti Teknologi Malaysia.Dimuat turun daripada: http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwP2/Raja%20Rozita%20Binti%20Raja%20Ariff%20Shah.TP.pdf 

TAJUK 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH

Pengurusan bilik darjah boleh terdiri daripda organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan (Richard, 1990). pengurusan bilik darjah amatlah mempengaruhi setiap aktiviti yang ingin dijalan di dalam bilik darjah. Iklim bilik darjah yang berkesan memberi kesan positif ke atas hubungan guru dan murid. Secara ringkas, pengurusan bilik darjah ini boleh merupakan satu kerjasama antara guru dan juga murid untuk menguruskan segala aspek kehidupan di dalam bilik darjah.
Antara strategi pengurusan bilik darjah yang boleh dilakukan oleh seorang guru adalah merancang persekitaran bilik darjah dan rutin harian. Persekitaran fizikal bilik darjah mestilah kondusif kerana ia mampu menpengaruhi setiap tingkah laku pelajar. Segala peralatan dan kemudahan di dalam kelas juga mestilah mampu berfungsi dengan sempurna seperti kipas dan lampu. Jika di dapati lampu kelas rosak, hendaklah dibaiki supaya pelajar dapat menuntut ilmu di dalam keadaan yang selesa. Susunan meja perlulah diambil perhatian kerana ia merupakan aspek yang penting dalam menjadikan persekitaran bilik darjah yang kondusif. Ciri bilik darjah yang dianggap kondusif apabila ia bilik darjah itu tradisi, terbuka dan berasaskan kepada KBSR dan KBSM (Mok Soon Sang, 1993). Tradisi itu apabila kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris dan sentiasa berada di dalam keadaan teratur dan susunannya mestilah mudah untuk melakukan aktiviti di dalam kumpulan. Terbuka pula apabila pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan boleh fokus kepada seluruh bilik darjah dan pelajar bebas untuk bergerak dan bekerjasama.
Pengurusan bilik darjah juga boleh dikendalikan melalui aktiviti pengajaran berkumpulan. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memudahkan guru membimbing murid dan mampu menggalakkan penglibatan aktif individu di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktivti berkumpulan ini juga adalah untuk melihat kerjasamaa yang wujud antara pelajar secara tidak langsung ia telah memudahkan urusan guru untuk mengendalikan pelajar. Jika aktiviti pengajaran di dalam kumpulan dilaksanakan, guru mestilah memberikan perhatian yang sama rata keoada semua kumpulan dan memberi penerangann bagi tugasan yang diberikan.
Guru juga mestilah mempunyai ilmu dalam mengurus bilik darjah seperti ilmu merancang, mengurus, mengawal, mengarah dan mengelola (Jamaliah dan Norashimag, 2005). Pengurusan bilik darjah yang baik dapat dilihat apabila guru mampu merancang perjalanan sesi pengajaran dan pembelajarannya. Guru mestilah memilih tajuk yang hendak diajarkan, menetapkan objektif yang hendak dicapai, dan menggukan bahan dan alat bantu mengajar yang bersesuaian. Ilmu mengurus pula merujuk kepada cara guru hendak memberi motivasi kepada pelajar. Guru mestilah mampu mendengar segala masalah yang dihadapi oleh pelajar supaya semasa sesi pengajaran nanti pelajar tersebut mampu memberikan tumpuan yang tinggi di dalam bilik darjah. Ilmu mengarah ini mestilah terdapat di dalam diri seorang guru. Guru mestilah mengarahkan pelajar akan suasana di dalam bilik darjah menjadi lebih aktif dan bermakna.
Pengurusan bilik darjah adalah untuk membantu guru mengendalikan dan menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan lebih mudah. Pengetahuan yang mendalam tentang pengurusan bilik darjah akan memberikan keyakinan dan masa yang lebih banyak untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Sumber:
Nota Kuliah


Mok Soon Sang. (1993). Asas Pendidikan I: Sekolah dan Bilik Darjah. Selangor, Percetakan Season Sdn. Bhd.

Jamaliah Abdul Hamid & Norashimah Ismail. (2005). Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan: Teori, Polisi dan Pelaksanaan.Universiti Putra Malaysia

Artikel/Jurnal yang berkenaan:
Norizzah Nabi Khan. (2016). Kajian Kesepadanan Ukuran Kerusi Dan Meja Belajar Dengan Antropometrik Pelajar Sekolah Rendah Di Malaysia.Universiti Sains Malaysia, Penang. Dimuat turun daripada  http://eprints.usm.my/32233/1/NORIZZAH_NABI_KHAN_24(NN).pdf